Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019


1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA TAHUN Nama Kejohanan : Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Dae...
Author:  Liani Hermanto

0 downloads 1 Views 214KB Size

Recommend Documents


Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019
1 2 Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 09 PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA TAHUN 09. Nama Kejohanan ...

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2019 JADUAL SEMENTARA
1 Hari Pertama: 28 Februari 2019 (Khamis) M PT AKHIR M LT AKHIR LOMPAT KIJANG P15 AKHIR M P12 PUSINGAN M L12 PUSINGAN M P15 PUSINGAN M L15 PUSINGAN LO...

Kejohanan Balapan & Padang MSS Kinta Utara 2018
1 Kejohanan Balapan & Padang MSS Kinta Utara 2018 PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KINTA UTARA TAH...

LAPORAN SENARAI PESERTA BERDAFTAR KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PETALING PERDANA KALI KE HARI KEENAM
1 LAPORAN SENARAI PESERTA BERDAFTAR KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PETALING HARI KEENAM Laporan Ini Dikeluarkan Menggunakan Perisian Komputer :- SISTEM PENDA...

KEJOHANAN OLAHRAGA PERAK ALL COMERS 1 PERSATUAN OLAHRAGA PERAK TAHUN 2019
1 1. Nama Kejohanan Kejohanan Olahraga Perak All Comers 1 Tahun Anjuran Persatuan Olahraga Perak Dengan Kerjasama MSN dan MILO 3. Tarikh dan Masa 23 &...

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM DUNGUN 2018
1 PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM DUNGUN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini djalankan mengikut undang-undang KOAM, Peraturan Peraturan Am MSSM...

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD MUAR KALI KE-49, DI STADIUM SULTAN IBRAHIM, MUAR. 4 hingga 8 Mac 2018
1 NO ACARA : 101 [[]] SARINGAN ACARA : 100 m PEREMPUAN 11 REKOD MSSD 15.2 s DION CHEW XIN YIN HUI SJKC PEI YANG 2017 REKOD MSSJ 13.7 s IMANINA BINTI M...

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA ( MASUM ) TAHUN 2018 KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA ( MASUM ) TAHUN 2018
1 ( MASUM ) TAHUN 2018 PUNGUTAN PINGAT KATEGORI LELAKI BIL PASUKAN EMAS PERAK GANGSA JUMLAH 1 UNIVERSITI MALAYA ( UM ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ...

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PASIR GUDANG KALI KE-13, 2017
1 KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PASIR GUDANG KALI KE-13, UNDANG-UNDANG Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia ...

JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TANGKAK KE MAC 2017 (AHAD)
1 2 SESI (PAGI) JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TANGKAK KE -0 MAC 0 (AHAD) NO ACARA MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 0.0 PAGI 000 M...



Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019 PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2019 1.

Nama Kejohanan

: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Kinta Utara Tahun 2019

2.

Tarikh Dan Masa : Masa

Hari dan Tarikh 28.2.2019 (Khamis)

Pagi Jam 8.00 pg

Petang 6.30 ptg

4.3.2019 (Isnin)

Jam 8.00 pg

6.30 ptg

5.3.2019 (Selasa)

Jam 8.00 pg

6.30 ptg

6.3.2019 (Rabu)

Jam 8.00 pg

6.30 ptg

7.3.2019 (Khamis)

Jam 8.00 pg

6.30 ptg

3.

Tempat

: 28.2.2019 (Khamis) - SMK Gunung Rapat 4-7.3.2019 (Isnin-Khamis) - Stadium Perak, Ipoh

4.

Undang-Undang Pertandingan Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik MSS Perak, peraturan-peraturan am MSS Perak dan MSSM serta undang-undang KOM/IAAF.

5.

Jenis Pertandingan

5.1

Pertandingan individu dan berpasukan.

5.2

Acara-acara yang dipertandingkan beserta dengan kategori, berat/ukuran alatan adalah seperti berikut

Bil

Acara

L18

L15

L12

P18

P15

P12

1 2 3 4 5 6

100m 200m 400m 800m 1500m 3000m

X X X X X X(T) (2)

X X X X X -

X X X X X X(T)

X X X X X -

7

80m Lari Berpagar

-

-

X X X 0.762m

X X X 0.762m

8

100m Lari Berpagar

-

-

9

110m Lari Berpagar

X 0.914m (2)

10

200m Lari Berpagar

-

X 0.838m (2) X 0.838m

11

400m Lari Berpagar

12 13 14 15 16 17

3000m Jalan Kaki 5000m Jalan Kaki 10000m Jalan Kaki Lompat Tinggi Lompat Jauh Lompat Kijang

18

Lontar Peluru

19

Lempar Cakera

20

Rejam Lembing

21

Baling Tukul Besi

22 23 24

4 x 100m 4 x 200m 4 x 400m

25

2000m Lari Berhalangan

26

Heptathlon

27

X 0.838m (2) X X X X X 5.00kg X 1.50kg X 700g X(T) 5.00kg X X X 0.914m (1) -

Oktathlon JUMLAH

-

-

-

X 0.762m (2)

X 0.762m

-

-

-

-

-

-

-

X 0.762m

-

-

-

X X X X X 4.00kg X 1.00kg X 600g

X X X 2.72kg

-

-

X X X 0.762m (1) -

X X -

-

X 0.762m X X X X X 3.00kg (2) X 1.00kg X 500g (2) X(T) 3.00kg (2) X X X(T) 0.762m X(T) (2)

X(T) (2)

-

-

-

20

17

8

20

-

-

1

-

-

X X X X X 3.00kg X 1.00kg X 500g (2)

X X X 2.72kg

-

-

X X

X X -

-

-

-

-

-

-

16

8

-

Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019 5.2.1

5.2.2

Acara Lari Berpagar Acara

Bilangan Pagar

80m Lari Berpagar 100m Lari Berpagar 110m Lari Berpagar 200m Lari Berpagar 400m Lari Berpagar

8 10 10 5 10

5.2.2.2 5.2.2.3

5.2.2.4

Ketinggian pagar halangan : 0.914m (L18), 0.762m (PT/L15) Lompat pagar : 18 kali Lompat air : 5 kali Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan kemudiannya lompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan.

Hari Pertama Hari Kedua

: 100m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Lontar Peluru dan 200m : Lompat Jauh, Rejam Lembing dan 800m

Acara Oktathlon 5.2.7.1 5.2.7.2

5.2.7

Ketinggian minimum bagi acara ini adalah seperti berikut: Kategori Lelaki Perempuan Bawah 18 Tahun 1.40m 1.15m Bawah 15 Tahun 1.30m 1.10m Bawah 12 Tahun 1.20m 1.00m

Acara Heptathlon 5.2.6.1 5.2.6.2

5.2.7

Jarak papan lonjakan lompat kijang adalah seperti berikut: Kategori Lelaki Perempuan Bawah 18 Tahun 10m/11m 8m Bawah 15 Tahun 9m/10m 7m

Acara 2000 Meter Lari Berhalangan 5.2.5.1 5.2.5.2 5.2.5.3 5.2.5.4

5.2.6

Pelari pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan mula di garisan 1½ stagger (seperti pelari pertama dalam acara 4 x 400 meter). Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger (garisan ini akan disediakan). Pelari ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4x400 meter). Selepas menerima baton dari pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing-masing sehingga ke akhir selekoh pertama dan kemudiannya beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama. Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut susunan senarai mula dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.

Acara Lompat Tinggi 5.2.4.1

5.2.5

8.00m 8.50m 9.14m 35.00m 35.00m

Hari Pertama Hari Kedua

: 100m, Lompat Jauh, Lontar Peluru dan 400m : 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Rejam Lembing dan 1500m

Acara Terbuka Kategori

Lelaki

Perempuan

Bawah 18 tahun

3000m, Oktathlon & Baling Tukul Besi

3000m, Heptathlon, Baling Tukul Besi, 2000M Lari Berhalangan

Semua acara terbuka diambil kira sebagai acara individu. 5.2.8

Pagar Akhir Ke Garisan Penamat 12.00m 10.50m 14.02m 40.00m 40.00m

Acara Lompat Kijang 5.2.3.1

5.2.4

Pagar Ke Pagar

Acara 4x200 meter 5.2.2.1

5.2.3

Garisan Permulaan Ke Pagar Pertama 12.00m 13.00m 13.72m 20.00m 45.00m

Setiap acara hanya akan dipertandingkan sekiranya terdapat 3 peserta individu/pasukan ke atas.

2

Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019 6.

Pendaftaran Peserta / Kemasukan

6.1

Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum 19.2.2019 (Selasa) secara online di laman web www.kintaathletics.com.

6.2

Setelah pendaftaran online diproses, borang penyertaan yang lengkap perlu disahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola pada Mesyuarat Pengurus Pasukan yang kedua pada 26.2.2019 (Selasa).

6.3

Pendaftaran lewat daripada tarikh di atas TIDAK AKAN DITERIMA DAN DIBATALKAN. Sebarang perubahan penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DILAYAN.

6.4

Bilangan maksimum penyertaan seseorang adalah seperti berikut:Kategori Bawah 18 Tahun Bawah 15 Tahun Bawah 12 Tahun

6.5

6.6

Pembahagian kategori: Bawah umur 18 tahun Bawah umur 15 tahun Bawah umur 12 tahun

Individu 3 acara (termasuk acara terbuka) 3 acara (termasuk acara terbuka) 2 acara

Lari Berganti-ganti 2 2 2

: Lahir selepas 1.1.2001 (2001, 2002, 2003) : Lahir selepas 1.1.2004 (2004, 2005, 2006) : Lahir selepas 1.1.2007 (2007, 2008, 2009)

Had umur peserta (mengikut Peraturan 4 - Peraturan Am MSSM) 6.6.1. 6.6.2.

Kiraan umur adalah pada 1 hb. Januari tahun kejohanan. Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan sahaja mengikut kategori umur yang dipertandingkan kecuali dalam acara terbuka seperti dalam Peraturan 5.2.7.

6.7

Peserta-peserta Heptathlon/Oktathlon tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam acara individu yang lain.

6.8

Bilangan peserta yang boleh didaftarkan untuk setiap pasukan sekolah: Acara Semua acara Lari Berganti-ganti

Bilangan Maksimum 2 orang peserta 1 pasukan

Kategori Semua kategori Bawah 18, 15 dan 12

7.

Undian Lorong

7.1

Undian Lorong akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan bantuan Jawatankuasa Teknikal Olahraga Daerah Kinta Utara di SMK Gunung Rapat pada 20.2.2019 (Rabu).

7.2

Sebarang pembetulan/pindaan kepada kemasukan boleh dibuat sebelum pengundian lorong dijalankan. Selepas ini, pembetulan/pindaan tidak akan dilayan.

8.

Acara Lari Berganti-Ganti

8.1

Semua pelari acara lari berganti-ganti hendaklah didaftarkan dengan nombor peserta dalam Borang Penyertaan.

8.2

Senarai nama pelari hendaklah diserahkan kepada Hakim Bilik Panggilan satu (1) jam sebelum acara tersebut dimulakan dengan menggunakan borang Masuk Rasmi acara lari berganti-ganti.

9.

Melapor Diri

9.1

Semua peserta hendaklah melapor diri kepada Hakim Bilik Panggilan sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara balapan dan 30 minit bagi acara padang, sebelum acara berkenaan dijalankan.

9.2

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dengan nombor masing-masing disematkan dengan pin pada keempat-empat sudut kain nombor yang dipakai di bahagian dada dan belakang (kecuali bagi acara lompat tinggi dibenarkan dengan satu nombor di bahagian dada atau di belakang).

9.3

Peserta-peserta yang melapor diri lewat daripada 10 minit sebelum acara dimulakan, tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.

3

Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019 10.

Pembatalan Penyertaan

10.1

Semua pembatalan penyertaan (scratchings) dalam sesuatu acara hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan atau oleh pengurus pasukan/jurulatih masing-masing kepada Ketua Penyelia Peserta, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum acara berkenaan dijadual bermula.

11.

Gantian Dan Penarikan Diri

11.1

Gantian kepada peserta yang telah pun disahkan bertanding tidak akan dibenarkan bagi acara perseorangan selepas undian lorong dibuat.

11.2

Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dibenarkan kepada dua (2) orang peserta yang namanya telah didaftarkan dalam Borang Penyertaan. Peraturan ini juga melibatkan pusingan saringan hingga ke pusingan akhir.

11.3

Jika didapati seseorang peserta yang telah mendaftarkan diri tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acara, maka peserta itu dianggap sebagai menarik diri tanpa sebab. Oleh yang demikian peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

11.4

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acaranya selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan doktor/pegawai perubatan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

11.5

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat doktor/pegawai perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam acara-acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan daripada doktor/pegawai perubatan kepada Pengurus Kejohanan.

11.6

Tidak ada gantian bagi peserta yang telah menarik diri.

12.

Sistem Pertandingan

12.1

Pertandingan bagi acara-acara balapan 100m hingga 400m termasuk acara lari berpagar akan diadakan di peringkat pra-saringan, saringan, separuh akhir dan akhir.

12.2

Pertandingan bagi acara-acara 400m ke atas akan diadakan di peringkat akhir sahaja.

12.3

Penentuan peserta-peserta ke peringkat separuh akhir dan akhir adalah seperti berikut:6 saringan dan ke atas

Ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan

5 saringan

Ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan

4 separuh akhir

Peserta (pertama) dari setiap separuh akhir dan 4 lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat separuh akhir layak ke peringkat akhir.

3 separuh akhir

2 peserta (pertama dan kedua) dari setiap separuh akhir dan dua lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari ketiga-tiga separuh akhir layak ke peringkat akhir.

2 separuh akhir

3 peserta (pertama, kedua dan ketiga) dari setiap separuh akhir dan dua lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari kedua-dua separuh akhir layak ke peringkat akhir.

12.4

Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada para 12.3, maka penentuan kelayakan bergantung kepada kedudukan peserta. Jika berlaku yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Wakil Teknik yang bertugas.

12.5

Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan akan dijalankan oleh Wakil Teknik yang bertugas.

12.6

Pengundian lorong akan dijalankan mengikut Peraturan 166 KOM/IAAF.

13.

Gelanggang Dan Alatan

13.1

Seperti undang-undang MSSM/KOM.

13.2

Spesifikasi peralatan yang digunakan adalah seperti dalam Peraturan 5.

13.3

Penggunaan blok permulaan dimestikan untuk semua kategori dalam acara jarak 100m hingga 400m, semua acara lari berpagar dan acara lari berganti-ganti.

4

Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019 14.

Nombor Dan Huruf Peserta

14.1

Semua peserta termasuk peserta-peserta yang bertanding dalam acara lari berganti-ganti hendaklah menggunakan nombor peserta/abjad yang ditetapkan.

14.2

Setiap peserta hendaklah memakai sepasang kain nombor pengenalan (satu di bahagian dada dan satu di belakang) dengan disematkan pada keempat-empat sudut kain dengan pin (kecuali acara lomapt tinggi yang dibenarkan dengan satu nombor di bahagian dada atau di belakang).

14.3

Nombor-nombor peserta hendaklah dicapkan dengan jelas dan tidak luntur apabila basah. Nombor tersebut hendaklah berukuran: Tinggi tulisan : 12cm Lebar tulisan : 1.5cm

15.

Pakaian/Peralatan Peserta

15.1

Peserta-peserta hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas sewaktu mengambil bahagian dan menerima hadiah.

15.2

Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah.

15.3

Semua peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal. Sekiranya alatan persendirian perlu digunakan, peserta berkenaan hendaklah menyerahkan kepada Pengurus Teknik untuk disemak dan disahkan terlebih dahulu sehari sebelum pertandingan dan dipungut semula selepas pertandingan.

15.4

Panjang paku kasut (spikes) dibenarkan tidak melebihi 6mm kecuali untuk acara lompat tinggi dan merejam lembing tidak melebihi 9mm.

16.

Penyingkiran Penyertaan

16.1

Peserta-peserta yang didapati tidak menepati mana-mana Peraturan Pertandingan ini tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan ini

17.

Hadiah Dan Penentuan Peserta Terbaik

17.1

Acara individu – Pertama, Kedua dan Ketiga Acara pasukan – Lima pingat akan diberi kepada setiap pasukan yang berjaya di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

17.2

Hadiah Peserta Terbaik akan diberi kepada peserta terbaik Lelaki/Perempuan B18, Lelaki/Perempuan B15, dan Lelaki/Perempuan B12 berdasarkan pencapaian mencatat rekod baru MSS Asean, MSSM atau MSS Perak dan sebagainya (mana yang lebih baik pencapaiannya). Kelebihan usia sesuatu rekod diambil kira dalam menentukan keputusan pemilihan.

17.3

Sekiranya tiada rekod diatasi/dicatat, jumlah pingat emas dalam acara individu akan diambil kira.

17.4

Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

17.5

Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta.

18.

Johan Antara Pasukan

18.1

Johan antara pasukan hanyalah bagi kategori-kategori berikut:18.1.1 Antara pasukan sekolah rendah 18.1.2 Antara pasukan sekolah menengah 18.1.3 Antara pasukan sekolah menengah lelaki 18.1.4 Antara pasukan sekolah menengah perempuan

18.2

Penentuan johan antara pasukan ialah pasukan sekolah yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika seri, kiraan perak terbanyak akan diambil kira. Jika masih seri, kiraan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. Jika masih juga seri, maka pasukan-pasukan yang seri itu akan diisytiharkan sebagai Johan Bersama dan seterusnya.

19.

Bantahan

19.1

Segala bantahan hendaklah dibuat dengan wang mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali atas perkara-perkara berikut:19.1.1

Jika masalah bantahan berkenaan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah ‘bantahan’ dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada pihak Jawatankuasa Pertandingan. 5

Kejohanan Olahraga MSSD Kinta Utara 2019 19.1.2

19.1.3

Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan tidak lewat daripada 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal dan 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara akhir. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Dua ratus ringgit sahaja)

20.

Kawasan Pertandingan/Peserta

20.1

Hanya pegawai-pegawai kejohanan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja boleh berada di tempat pertandingan.

20.2

Pegawai-pegawai pasukan tidak dibenarkan masuk ke dalam arena pertandingan kecuali diminta berbuat demikian oleh Pengurus Kejohanan.

20.3

Peserta-peserta dikehendaki berbaris sewaktu masuk dan keluar dari arena pertandingan.

21.

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kedua

21.1

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kedua akan diadakan pada 26.2.2019 (Selasa) di SMK Gunung Rapat, jam 2:30 petang.

21.2

Hanya penarikan diri peserta dibenarkan pada mesyuarat tersebut.

22.

Hak-Hak Jawatankuasa Pengelola

22.1

Setiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan pengumuman rasmi akan dibuat.

22.2

Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan-peraturan ini, Peraturan Am MSSM/MSS Perak atau Undang-Undang KOM.

23.

Hal-Hal Lain

23.1

Jawatankuasa Pengelola tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan barang-barang kepunyaan pegawai atau peserta di dalam atau berdekatan dengan tempat pertandingan serta atas apa jua kecederaan atau kemalangan pada masa pertandingan dijalankan sungguhpun persediaan rapi akan diadakan untuk mengelakkan kejadian seumpama di atas.

23.2

Selain daripada pegawai-pegawai bertugas, tidak sesiapa pun dibenarkan memberi sebarang arahan mengenai pertandingan ini ataupun melibatkan diri dalam perjalanan pertandingan.

6

Life Enjoy

" Life is not a problem to be solved but a reality to be experienced! "

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2019 TIXPDF.COM - All rights reserved.