SOP


1 Halaman: 1 / TUJUAN Arahan Tetap ini bertujuan untuk menerangkan tatacara dan peraturan yang wajib diikuti oleh semua anggota keselamatan dan kakita...
Author:  Farida Hermanto

114 downloads 136 Views 695KB Size

Recommend Documents


No documents


OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 1 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P) 1.0

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

TUJUAN Arahan Tetap ini bertujuan untuk menerangkan tatacara dan peraturan yang wajib diikuti oleh semua anggota keselamatan dan kakitangan pentadbiran Bahagian Keselamatan.

2.0

PERATURAN AM KERJA ANGGOTA DAN KAKITANGAN BAHAGIAN KESELAMATAN 2.1

Anggota dikehendaki menghadiri baris masuk tugas dan baris keluar tugas.

2.2

Semua anggota dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan atau merekod kedatangan melalui atas talian semasa masuk kerja dan tamat kerja serta dilarang untuk mengetik kad atau merekod kedatangan orang lain .

2.3

Setiap anggota dikehendaki bertugas mengikut syif yang telah ditetapkan.

2.4

Anggota dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan tempat tugas tanpa kebenaran.

2.5

Anggota hendaklah menggunakan alat perhubungan (walkie-talkie) mengikut tatacara percakapan radio Bahagian Keselamatan. Anggota hanya dibenarkan bercakap melalui walkie-talkie untuk urusan kerja sahaja.

2.6

Anggota dan kakitangan tidak dibenarkan bercuti sebelum kelulusan diperolehi.

2.7

Anggota yang ditugaskan untuk bekerja harian atau lebihmasa semasa acara rasmi Universiti adalah diwajibkan hadir bertugas kecuali atas kebenaran pegawai.

2.8

Anggota dan kakitangan hendaklah memaklumkan jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan.

2.9

Anggota yang bertugas dibenarkan rehat selama satu jam mengikut waktu yang telah ditetapkan sahaja.

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 2 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

3.0

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

2.10

Anggota dikehendaki menghantar laporan keadaan semasa melalui alat perhubungan (walkie-talkie) ke Pusat Kawalan setiap satu (1) jam kecuali Unit Siasatan.

2.11

Anggota hendaklah membuat serah terima tugas terlebih dahulu sebelum mula atau tamat tugas.

2.12

Anggota dan kakitangan yang ingin keluar daripada kampus pada waktu pejabat/bertugas hendaklah mengisi Borang Permohonan Keluar kampus (OPR/BKU/BR01/KAMPUS).

2.13

Semua Anggota keselamatan yang bertugas hendaklah melaksanakan Pengendalian Kesalahan Lalulintas dengan mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan Lalulintas kepada Pelajar, Staf, Pelawat dan Agensi Luar yang melakukan kesalahan Lalulintas di dalam kampus.

2.14

Semua Anggota keselamatan yang bertugas hendaklah memastikan bahawa Buku Notis Pemberitahuan Kesalahan lalulintas ada di tempat dan semasa bertugas.

2.15

Semua anggota Keselamatan hendaklah membuat laporan tugas di dalam Buku Laopran Tugas Harian setelah tamat tugas dan hendaklah bertanggungjawab di atas keselamatan buku laporan tugas harian tersebut. Buku laporan tugas harian tersebut hendaklah di simpan di dalam laci. Bagi Pos kawalan yang tidak beroperasi 24 jam, buku laporan tugas harian dan peralatan lain hendaklah dibawa bersama oleh anggota yang tamat tugas pada shif yang akhir ke Pusat kawalan dan diserahkan kepada Penyelia Operasi bertugas.

2.16

Penyelia Operasi bertugas dihendaki mengambil tindakan sewajarnya keatas anggota yang melanggar Arahan Tetap Operasi.

DISIPLIN ANGGOTA KESELAMATAN 3.1 3.2

Anggota dilarang meninggikan suara dan berkasar pada pelanggan. Anggota tidak dibenarkan makan, minum, merokok, mendengar radio, menonton televisyen, menggunakan komputer riba, telefon bimbit serta membaca surat khabar dan sebagainya ketika bertugas.

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 3 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

Tarikh: 20/06/2017

3.3

Memastikan keadaan tempat bertugas dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

3.4

Memastikan peralatan untuk bertugas mencukupi dan berkeadaan baik.

3.5

Anggota hendaklah memberi tabik hormat dan memanggil dengan panggilan ‘Tuan’ kepada Pegawai-pegawai di Bahagian Keselamatan manakala kepada Penyelia dengan panggilan ‘Encik’.

3.6

Anggota hendaklah memberi tabik hormat kepada pegawai-pegawai utama Universiti.

3.7

Anggota dimestikan berpakaian kerja dengan kemas dan lengkap semasa bertugas.

3.8

Anggota baru dan anggota yang belum mendapat pakaian seragam yang lengkap dikehendaki memakai baju kemeja dan seluar ‘slack’ berserta ‘vest’ keselamatan.

3.9

4.0

No. Isu: 02

Anggota hendaklah berambut pendek, tidak menyimpan jambang dan janggut serta berkeadaan kemas.

DISIPLIN KAKITANGAN PENTADBIRAN KESELAMATAN 4.1

Semua kakitangan hendaklah pejabat yang telah ditetapkan.

mengikut

4.2

Semua kakitangan hendaklah berpakaian kemas dan sesuai semasa bekerja.

4.3

Semua kakitangan perlu memakai tanda nama dan kad kakitangan semasa bertugas.

4.4

Semua kakitangan tidak dibenarkan memakai T-shirt semasa bertugas.

4.5

Semua kakitangan tidak dibenarkan memakai seluar jeans ketika bertugas.

4.6

Semua kakitangan tidak dibenarkan merokok di dalam Pejabat Keselamatan, Pusat Kawalan dan Pos Kawalan. ‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

peraturan-peraturan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 4 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

5.0

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

4.7

Semua kakitangan hendaklah menjaga kebersihan persekitaran tempat tugas.

4.8

Semua kakitangan tidak dibenarkan membaca suratkhabar, majalah dan melayari laman sesawang yang tidak berkaitan semasa bertugas.

4.9

Semua kakitangan mestilah berambut kemas.

4.10

Semua kakitangan hendaklah memberi hormat kepada Pegawai Utama Universiti semasa bertugas.

4.11

Semua kakitangan di Bahagian Keselamatan hendaklah memanggil Pegawai di Bahagian Keselamatan dengan panggilan ‘Tuan’ manakala Penyelia dengan panggilan ‘Encik’.

4.12

Semua kakitangan hendaklah bertanggungjawab pada tugasnya dan berupaya memberi penumpuan dalam menyempurnakan tugas dan arahan yang diberi.

PERALATAN 5.1

Semua urusan pinjaman barang-barang atau peralatan hendaklah mendapatkan kelulusan.

5.2

Setiap penerimaan dan pengeluaran peralatan hendaklah direkodkan.

5.3

Penggunaan senjata api hendaklah mendapat kelulusan daripada Pegawai yang bertanggungjawab.

5.4

Semua anggota perlu bertanggungjawab ke atas peralatan yang dibekalkan dan digunakan manakala bagi setiap kerosakan akibat kecuaian sendiri, kos pembaikan atau penggantian peralatan tersebut akan ditanggung oleh anggota berkenaan.

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 5 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P) 6.0

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

KENDERAAN 6.1

Setiap penggunaan kenderaan Jabatan hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengarah, Ketua Penolong Pendaftar, Pegawai Keselamatan, Penolong Pegawai Keselamatan ,Penolong Pegawai Tadbiir, Penyelia Tadbir atau Penyelia Operasi bertugas dimana kelulusan akan disahkan melalui tandatangan oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab di dalam Buku Log Kenderaan.

6.2

Kenderaan hendaklah dijaga dan sentiasa dalam keadaan bersih.

6.3

Kunci kenderaan hendaklah diserahkan selepas tamat penggunaan kepada Pegawai yang bertanggungjawab.

6.4

Segala penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

6.5

Segala urusan pembelian minyak perlu mendapatkan kebenaran daripada Pegawai yang bertanggungjawab.

6.6

Kenderaan tidak dibenarkan di bawa keluar dari kawasan kampus tanpa kebenaran.

6.7

Kunci pendua kenderaan hendaklah disimpan di Pejabat Am.

6.8

Anggota yang dipertanggungjawabkan sahaja dibenarkan membawa kenderaan Bahagian Keselamatan dan dikehendaki membuat pemeriksaan kenderaan sebelum digunakan terlebih dahulu dan dicatatkan dalam Senarai Semak Kenderaan dan Jentera (SOK/PYG/SS01).

6.9

Setiap kali selepas penggunaan kenderaan, pemandu dikehendaki merekod ke dalam Buku Log Kenderaan.

6.10

Kenderaan hanya boleh digunakan untuk tugas-tugas rasmi sahaja.

6.11

Anggota yang memandu kenderaan Bahagian Keselamatan adalah bertanggungjawab ke atas kenderaan tersebut. Setiap kerosakan akibat kecuaian sendiri, kos pembaikan atau penggantian akan ditanggung oleh anggota berkenaan. ‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 6 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P) 7.0

8.0

9.0

10.0

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

TRAFIK 7.1

Anggota dikehendaki mengawal simpang-simpang yang diarahkan.

7.2

Anggota dikehendaki mengawal lalu-lintas ketika kemalangan, kecemasan dan aktiviti Universiti.

7.3

Anggota yang sedang bertugas disimpang dilarang melayan tetamu.

7.4

Anggota dikehendaki mengambil tindakan ketika berlaku kemalangan jalanraya.

KAWALAN AKSES 8.1

Hanya anggota yang bertugas di Pos Kawalan sahaja dibenarkan berada di Pos Kawalan.

8.2

Anggota Keselamatan hendaklah berada di luar pos ketika bertugas dan tidak dibenarkan duduk di dalam pos melainkan pada waktu rehat.

KEMALANGAN 9.1

Anggota dikehendaki mengambil tindakan awal sebelum bantuan tiba.

9.2

Kawalan lalulintas hendaklah dilakukan sehingga kejadian selesa

TATACARA RONDAAN 10.1 Persediaan Awal Sebelum Rondaan 10.1.1 Peralatan dan perkara yang perlu disediakan sebelum melaksanakan rondaan adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f)

Cota Lampu Suloh Baju Hujan Alat Perhubungan Sarung Tangan Wisel

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 7 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

(g) Topi Keledar (h) Memeriksa kenderaan sebelum digunakan dan dicatatkan dalam Senarai Semak Kenderaan dan Jentera (SOK/PYG/SS01). (i) Buku Notis Pemberitahuan Kesalahan Lalulintas (OPR/BKU/BR01/NOTIS) 10.2

Tindakan Semasa Rondaan Dilaksanakan 10.2.1 Memasang lampu biru semasa membuat rondaan pada waktu malam. 10.2.2 Memeriksa sekeliling kawasan dan bangunan untuk memastikan tiada berlaku pencerobohan dan ancaman jenayah. 10.2.3 Menerima sebarang aduan dari warga kampus dan memastikan aduan tersebut adalah benar. 10.2.4 Melaporkan sebarang kejadian ke Bilik Gerakan untuk mendapatkan bantuan (sekiranya perlu). 10.2.5 Memeriksa kenderaan dan orang yang disyaki dikawasan rondaan. Menahan dan meminta pengenalan diri individu yang mencurigakan. 10.2.6 Menghubungi pos-pos kawalan untuk menahan kenderaan yang disyaki untuk tujuan pemeriksaan. 10.2.7 Membuat laporan kejadian sekiranya berlaku kes jenayah. 10.2.8 Memeriksa surat kebenaran daripada pelajar yang menggunakan makmal / Dewan kuliah selepas waktu pejabat. 10.2.10 Memeriksa pintu pagar, pintu dan tingkap bangunan serta asetaset diluar bangunan.

. 10.2.11 Menandatangani Buku-buku Rondaan di ‘Check Point atau mengimbas ‘Guard Tour’ yang telah ditetapkan.

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 8 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

10.2.12 Sekiranya terdapat sebarang kejadian kecemasan, bantuan hendaklah diberikan dan hubungi Bilik Gerakan untuk mendapatkan bantuan . 10.3 Tindakan Selepas Rondaan Dilaksanakan 10.3.1 Periksa untuk memastikan peralatan dan kenderaan yang dibawa semasa rondaan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum serah menyerah tugas. 10.3.2 Membuat laporan rondaan dan mencatat di dalam buku laporan tugas harian. 10.3.3 Membuat laporan kejadian sekiranya ada kes. 10.3.4 Membuat serah menyerah tugas kepada anggota seterusnya. 11.0

TATACARA PENGGUNAAN SENJATA API DAN MELEPASKAN TEMBAKAN 11.1

Arahan Am 11.1.1 Operasi atau aktiviti menembak mesti mendapat kebenaran dan kelulusan dari Pengarah Keselamatan. 11.1.2 Pastikan kawasan operasi / aktiviti menembak selamat daripada orang awam, kakitangan dan pelajar. 11.1.3 Senjata yang dilesenkan tidak boleh diberikan atau dibawa oleh orang yang mabuk atau berkelakuan yang tidak senonoh. 11.1.4 Dilarang menggunakan senjata api untuk melakukan sesuatu kesalahan. 11.1.5 Dilarang membenarkan senjata digunakan oleh orang yang tiada diberi lesen membawa atau menggunakannya. 11.1.6 Senjata hendaklah disimpan ditempat yang selamat.

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 9 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P) 11.2

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

Arahan Semasa Menembak 11.2.1 Senjata diisikan peluru, kunci keselamatan berada di dalam kedudukan ‘Safe’ sebelum menembak. 11.2.2 Senjata hendaklah sentiasa berkedudukan laras ke bawah dan Kunci selamat ketiak membawanya. 11.2.3 Kenalpasti sasaran tersebut benar-benar binatang / musuh tanaman yang merosakan tanaman atau binatang liar yang mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan di dalam kampus. 11.2.4 Berdiri tegak jarak 20 meter dari sasaran. 11.2.5 Senjata diangkat ke paras bahu untuk tenangan. 11.2.6 Halakan senjata ke sasaran. 11.2.7 Jangan sesekali bergurau atau mengacukan senjata kepada sesiapa sahaja. 11.2.8 Semasa menembak jika berlaku masalah terhadap senjata api yang digunakan, hendaklah halakan laras senjata ke bawah dan buat langkah selamatkan senjata dengan mengeluarkan peluru. Jangan sekali-kali cuba memusingkan senjata ke kiri / kanan / belakang sekiranya senjata api masih ditangan.

11.3

Arahan Selepas Menembak 11.3.1 Buat langkah selamatkan senjata dengan menghalakan laras senjata 90 darjah ke atas, kosongkan senjata untuk memastikan tiada peluru berada di dalam ‘chamber’. 11.3.2 Kumpulkan semua peluru yang lebih beserta dengan kelongsong kemudian serahkan ke stor senjata. 11.3.3 Dilarang mengambil atau menyimpan peluru hidup atau kelongsong peluru dan sebarang peralatan senjata.

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 10 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

11.3.4 Senjata hendaklah dicuci dan diserahkan untuk disimpan di dalam stor senjata. 12.0 TATACARA PENGIRINGAN 12.1 Periksa Kenderaan 12.1.1 Pastikan kenderaan yang akan digunakan untuk tugas pengiringan sentiasa berkeadaan baik. 12.1.2 Pastikan peralatan seperti lampu biru, siren , alat perhubungan berfungsi dan minyak petrol penuh. 12.1.3 Semak di papan kenyataan dan catatkan di buku catatan, butir-butir tugas pengiringan sebagai rujukan. 12.2 Pastikan Lokasi 12.2.1 Anggota pengiring hendaklah memastikan laluan muktamad sehari sebelum aktiviti dijalankan. 12.3 Tunggu Tetamu Kehormat 12.3.1 Pergi menunggu tetamu kehormat di laluan jalan masuk utama UPM 30 minit sebelum ketibaan tetamu kehormat . 12.3.2 Buat panggilan ujian percubaan alat perhubungan ke mana-mana lokasi untuk menentukan alat perhubungan berfungsi dengan baik. 12.3.3 Hubungi anggota yang bertugas di laluan ke lokasi aktiviti untuk mendapatkan perkembangan laluan. 12.4 Iring Tetamu Kehormat. 12.4.1 Iringi tetamu kehormat ke lokasi aktiviti. 12.4.2 Hubungi anggota yang bertugas disimpang laluan bagi memaklumkan ketibaan tetamu kehormat (sekiranya ada).

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Halaman: 11 / 11

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

No. Semakan: 05

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

No. Isu: 02 Tarikh: 20/06/2017

12.5 Beritahu Kehadiran Tetamu Kehormat 12.5.1 Hubungi anggota yang bertugas dilokasi aktiviti bagi memberitahu ketibaan tetamu kehormat untuk dimaklumkan kepada urusetia aktiviti tersebut. 12.6 Bersiap sedia 12.6.1 Tunggu dilokasi aktiviti untuk mengiringi kepulangan tetamu kehormat. 12.7 Hubungi Anggota yang bertugas di Laluan (sekiranya ada) 12.7.1 Maklumkan kepada semua anggota yang bertugas dilaluan apabila tetamu bertolak pulang. 12.8 Iring Kepulangan Tetamu Kehormat 12.8.1 Iring tetamu kehormat melalui laluan yang telah ditetapkan. 12.9 Buat Laporan Tugas 12.9.1 Buat laporan tugas ke dalam Buku Laporan Tugas Harian setelah tamat tugas pengiringan

‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

Life Enjoy

" Life is not a problem to be solved but a reality to be experienced! "

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2020 TIXPDF.COM - All rights reserved.